hmm..dah lama aku tak update blog ni..hmm dah rasa macam bersawang dah blog ni..huhu..
actually,biasa la bila jadi student matrik ni, of course schedule aku padat sangat..tapi dalam kesibukan study tu,aku sempat lagi ber'facebook',ber'twitter',ber'insta',ber'wechat' bagai tau..tu yang menambahkan lagi kesibukan jadual harian aku tu..haha.. *jangan follow rutin harian aku ni tau,boleh stress sampai putus urat kalau tak pandai handle emotion tu.. haha..
ni classmates aku..yg tudung biru tu Yani..yang baju pink tu pulak Mah..
gambar ni masa kami beriadah time nak dekat-dekat hari raya Aidiladha baru-baru ni..aku jarang keluar beriadah,tapi dah disebabkan kepala aku kusut asyik duduk dalam bilik,study je...stress!
Memandangkan aku dah tertaip tajuk entry aku kali adalah berkaitan dengan kisah seram kat tempat aku study tu,so aku rasa aku tak relevant kalau cerita tentang kesewelan kami waktu beriadah tu kan..hoho..*pening sudah
ceritanya macam ni..kawan aku,Iman,dia ni boleh dikatakan agak berani..badan kecik molek tapi berjiwa besar dan kental..masa tu,dia ni nak ponteng ceramah kat masjid kmj,sama macam aku dengan Mah and Yani la..kami pun selalu la jugak ponteng aktiviti2 macam tu..haha..si Iman ni,ponteng sorang2..roomates dia semua pergi ceramah tu..so tinggal dia sorang ja dalam bilik masa tu..waktu tu kalau tak silap aku around 8pm macam tu la..si Iman ni main laptop sambil message dengan kawan dia..tiba-tiba kawan dia reply message yang tak ada kena-mengena dengan message dia before tu..pastu Iman tanya kawan dia tu kenapa kawan dia reply camtu,then kawan dia bagi respons sebaliknya.. diorang masing-masing forward message masing-masing..siap buat screen capture lagi..pastu,bila tengok balik kat ayat message diorang tu,ayat atas memang sama macam apa yg diorang tulis,tapi ayat bawah tu ada ayat tambahan dengan perkataan pelik..
si Iman pun hairan la..tapi dia buat relax sambil baca surah-surah..
actually,before kejadian yang berlaku kat Iman ni,kejadian yang sama pernah berlaku pada sorang perempuan kat Kmj ni jugak..dia message dgn boyfriend dia,bila jumpa dengan si boyfriend tu,si boyfriend tu cakap dia dah lama tak message perempuan tu..ha so sapa yang ber'message',ber'puitis-pujangga' dengan perempuan tu?? deng deng deng!
kebetulan..malam tadi..masa aku tengah message dgn apiez..tetiba kejadian yang sama jadi..mula-mula aku tak syak sgt la..aku ingatkan apiez tertypo ke apa..ada perkataan tak difahami..so aku tanya apiez,apa maksud ayat dia tu..then dia tanya aku balik kenapa dengan ayat dia..aku pun forward je la message yg aku terima dari dia tu..dia terkejut.then forward message yg sepatutnya aku dpt dari dia tu..lain..ayat atas sama macam apa yang dia taip..ayat bawah ada perkataan tambahan dengan 'love-love' bagai..so,selain aku dan apiez yang bermessage tu,adakah ada yang lain sedang bermessage dgn kami??
tapi..hmm..tak payah fikir sangat la benda ni..technical problem kot..huhu..
p/s : bukan nak tunjuk belagak or terlebih berani,tapi kalau difikirkan sangat benda ni,boleh memudaratkan diri balik..
k la..tak tau nak tulis apa dah..hee..
bye..Assalamualaikum..good night! ;)
No comments:
Post a Comment