Friday, 8 November 2013

Hantu Kasut KMJ

Assalamualaikum and hello guys!

ok..now aku nak tulis pasal cerita seram yang agak hangat la jugak dalam kalangan pelajar perempuan kat kmj ni..pasal hantu kasut yang semakin berleluasa di aras 1 blok E..

hmm..aku dengar-dengar cerita tu macam agak lawak sikit la..bukan nak berlagak tapi..aaa nanti la aku bagitau ea..hmm..diorang cakap hantu ni suka susun kasut tinggi kat depan pintu..kejadian macam tu sering berlaku waktu hari jumaat malam..

korang rasa camna???


haishh..pening aku memikirkan masalah ni..

okay..disebabkan aku dah habis semester 1 kat kmj ni..so aku rasa macam nak buat pengakuan..kisahnya bermula macam ni..

ni la roomates aku..dari kiri : zie,anis,qila..yang belakang tu aku la.. -_-

hmm..si qila ni suka mengusik..dia yang mula-mula cetuskan idea susun kasut kat depan pintu tu..dia selalu mengusik anis dgn zie memandangkan kasut diorang paling banyak kat luar tu..kasut aku pulak semua aku letak bawah katil..and hee..sebelum balik cuti Kakom baru-baru ni,aku pakai sandal dalam bilik..after balik dari Kakom baru aku kemaskan bilik betul-betul and dah tak pakai sandal dalam bilik..hee..

so,nak dijadikan cerita,Jumaat malam tu,kan kuliah kitorang last hari jumaat la..macam biasa sabtu kan cuti mingguan..so kiranya,jumaat malam tu macam nak enjoy la tengok movie..sebelum tengok movie pukul 12 tgh malam tu,aku,anis dgn qila turun pegi cafe nak beli makanan ringan utk makan time tgk movie tu..ala-ala pegi tgk wayang gitu..haahha..now aku nk jawab segala persoalan yg timbul k..timbul ka??haha

kenapa kami buat kerja tu pada jumaat malam?
sebab kan malam tu hari last kami kuliah,so mlm tu kira macam nak enjoy la..ngusik-ngusik orang..hee

kenapa kami susun kasut?
sebab kami terasa macam rajin nak susun kasut orang (padahal kasut sendiri tak tersusun)

kenapa blok E aras 1??
sebab bilik kami kat blok E aras 1.. (malas nak p buat kat blok lain,haha!)


tapi aku heran napa semua orang anggap benda ni serious..sampai ada yang ketakutan taknak keluar bilik lepas tgk kasut diorang tersusun sendiri..hmm..taktau nak cakap apa..huhu..ini serious ok..sebab jiran bilik kitorang sampai trauma kalau tgk kasut diorang berselerak kat luar..takut tersusun sndiri katanya..huhu..

sem 2 ni kitorang nak ngusik cara lain pulak la..haha.. *gelak nakal

aku sebenarnya tgh kecelaruan,kebingungan..sebab tu la ayat aku macam terabur..hoho..k la aku penat,nak tidur..waa tulis sikit,dah penat.. heee

bye,Assalamualaikum..
good night everybody!!!




Thursday, 7 November 2013

Kisah Seram di Kmj!

Assalamulaikum and hello readers..

hmm..dah lama aku tak update blog ni..hmm dah rasa macam bersawang dah blog ni..huhu..
actually,biasa la bila jadi student matrik ni, of course schedule aku padat sangat..tapi dalam kesibukan study tu,aku sempat lagi ber'facebook',ber'twitter',ber'insta',ber'wechat' bagai tau..tu yang menambahkan lagi kesibukan jadual harian aku tu..haha.. *jangan follow rutin harian aku ni tau,boleh stress sampai putus urat kalau tak pandai handle emotion tu.. haha..

 ni classmates aku..yg tudung biru tu Yani..yang baju pink tu pulak Mah..


gambar ni masa kami beriadah time nak dekat-dekat hari raya Aidiladha baru-baru ni..aku jarang keluar beriadah,tapi dah disebabkan kepala aku kusut asyik duduk dalam bilik,study je...stress!

Memandangkan aku dah tertaip tajuk entry aku kali adalah berkaitan dengan kisah seram kat tempat aku study tu,so aku rasa aku tak relevant kalau cerita tentang kesewelan kami waktu beriadah tu kan..hoho..*pening sudah

ceritanya macam ni..kawan aku,Iman,dia ni boleh dikatakan agak berani..badan kecik molek tapi berjiwa besar dan kental..masa tu,dia ni nak ponteng ceramah kat masjid kmj,sama macam aku dengan Mah and Yani la..kami pun selalu la jugak ponteng aktiviti2 macam tu..haha..si Iman ni,ponteng sorang2..roomates dia semua pergi ceramah tu..so tinggal dia sorang ja dalam bilik masa tu..waktu tu kalau tak silap aku around 8pm macam tu la..si Iman ni main laptop sambil message dengan kawan dia..tiba-tiba kawan dia reply message yang tak ada kena-mengena dengan message dia before tu..pastu Iman tanya kawan dia tu kenapa kawan dia reply camtu,then kawan dia bagi respons sebaliknya.. diorang masing-masing forward message masing-masing..siap buat screen capture lagi..pastu,bila tengok balik kat ayat message diorang tu,ayat atas memang sama macam apa yg diorang tulis,tapi ayat bawah tu ada ayat tambahan dengan perkataan pelik..
si Iman pun hairan la..tapi dia buat relax sambil baca surah-surah..

actually,before kejadian yang berlaku kat Iman ni,kejadian yang sama pernah berlaku pada sorang perempuan kat Kmj ni jugak..dia message dgn boyfriend dia,bila jumpa dengan si boyfriend tu,si boyfriend tu cakap dia dah lama tak message perempuan tu..ha so sapa yang ber'message',ber'puitis-pujangga' dengan perempuan tu?? deng deng deng!

kebetulan..malam tadi..masa aku tengah message dgn apiez..tetiba kejadian yang sama jadi..mula-mula aku tak syak sgt la..aku ingatkan apiez tertypo ke apa..ada perkataan tak difahami..so aku tanya apiez,apa maksud ayat dia tu..then dia tanya aku balik kenapa dengan ayat dia..aku pun forward je la message yg aku terima dari dia tu..dia terkejut.then forward message yg sepatutnya aku dpt dari dia tu..lain..ayat atas sama macam apa yang dia taip..ayat bawah ada perkataan tambahan dengan 'love-love' bagai..so,selain aku dan apiez yang bermessage tu,adakah ada yang lain sedang bermessage dgn kami??

tapi..hmm..tak payah fikir sangat la benda ni..technical problem kot..huhu..

p/s : bukan nak tunjuk belagak or terlebih berani,tapi kalau difikirkan sangat benda ni,boleh memudaratkan diri balik..

k la..tak tau nak tulis apa dah..hee..
bye..Assalamualaikum..good night! ;)

Wednesday, 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

assalamualaikum and hai semua..

hhmm..dah lama aku x update blog ni...sejak kebelakangan ni aku agak sibuk sikit..nanti kalau aku free,aku update la k..

nothing to say.. just.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN buat semua yang mengenali aku..aku hanya manusia biasa yang takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan..aku mintak maaf if aku ada terkasar bahasa or terbuat korang sakit hati k..

raya tahun ni amat bermakna bagi aku..


  • aku stay jauh dari family..so aku dapat rasa perasaan balik beraya..mmg happy sgt bila dapat balik beraya..lagi2 pulak umah aku jauh dari matrik tempat aku study tu...
  • aku dapat beraya dgn insan yang amat memahami aku selain dripada family aku... <3 AH
  • lepas raya ni aku ada exam.. ( ni yang paling BEST sgt! )  -_-
  • aku dapat berpuasa dgn roomates aku (anis,qila,zee)..diorang memang roomates yg terbaik la..diorang dah mcm family aku...mcm2 diorang tahu tentang diri aku.. *terutama cara aku tidur..kahkahkah..
  • aku harap raya tahun ni akan membawa keberkatan kepada aku dan family aku,roomates aku,apiez,classmates (ms32) and kawan2 aku..

 ni la roomates aku..

 ni pulak classmates aku

 yang ni buah hati aku...hehe..adik2 aku..


yang ni pulak jantung hati aku..syg ibu ayah!

yang ni pulak pemilik hati aku..apiez..

hhmm..mercun dah berdentum dentam..arghhh aku nak main jugak!

k lar..selamat hari raya semua!

bye..assalamualaikum.. ^_^



Saturday, 18 May 2013

wordless saturday:GWIYOMI cara kami

Assalamualaikum and hello readers..

harini aku ada buat beberapa video rosak dengan adik aku..tapi AWAS bukan video porno tau! haha..








masa ni baru tengah practise..lagu pun hilang pi mana taktau lar..err sila abaikan bunyi bunyian yang pelik tu okay! haha






still tengah practise tapi lagu tetiba pulak muncul..hoho..dan kami sedang berebut tempat...tak celuih nak masuk dalam kamera...haha




yeahh yang ni pulak gwiyomi kesewelan..haha



err..kalau yang ni gwiyomi senaman tangan..hoho


happy saturday everyone and happy watching !
baru balik dari kenduri...tadi makan nasi minyak...awwww sedap giler doe! bila lah boleh makan nasi minyak aku pulak...hoho..dush2!!

bye,Assalamualaikum

Wednesday, 15 May 2013

Pi mintak autograf Pengetua

Assalamualaikum and hello readers..

 Liyana (Lee)

pagi tadi, aku dengan Lee pi sekolah Ibrahim...plan nak mintak autograf pengetua...hoho..actually kami nak mintak pengesahan pengetua untuk borang matrikulasi tu...dalam perjalanan nak sampai sekolah tu, hujan lebat gila baq hang...tapi aku driving macam biasa jaa..then masa dah sampai kat sekolah tu...damn! pengetua pulak menghilangkan diri..aku dah agak dah benda ni mesti berlaku punya sebab pengetua dah tau Lee nak mai..so,dia pun menghilangkan diri untuk mengelakkan diri daripada kekecohan Lee tu.. hoho  gurau ja..lee jangan marah noh..entry ni khas untuk hang...so jgn marah k..kalau hg marah gk,aku remove entry ni..hoho..nampak?? aku ada power...haha

aku ingat lagi masa kami Kelab Bowling kat Central Square dulu..Lee pernah mintak Coolblog free kat kakak n abang yang jual coolblog tu...hahah...dia berlakon je actually...dia punya lakonan masa mintak coolblog tu sampai kakak n abg tu rasa cam tak sedap hati pulak kalau tak bagi kat budak ni...boleh bunuh diri budak ni kalau tak dapat coolblog free ni...haiyaaa...hahah..terbaikkkk lah Lee!! err dua kali jugak la dia dapat coolblog free...haha caya lar Lee!

okay kembali kepada cerita yang asal...huhu..because of pengetua takdak, so kami kena mintak pengesahan daripada penolong2 kanan kat situ la..penolong kanan?? errr aku pun heran actually kenapa nama jawatan tu 'Penolong Kanan'...kenapa penolong kanan ada tapi penolong kiri takdak...haha merapu ja aku nih...dush2 !!

then aku dengan Lee pun selamba je masuk bilik Penolong2 Kanan...then kami pun pilih lar salah sorg Penolong Kanan kt situ..kami pilih Ustazah Samsun..ala ustazah rock yg mengajar kelas kami dulu....seriously ustazah tetap sama macam dulu...Lee dengan selamba kerbau je ambik ustazah punya cop then dia cop kat semua kertas dia...walawehhhhh hang Lee..ganaih kemain aihhh..tapi takpa..aku suka! haha...macam2 lar kami sembang dengan ustazah tu...then kami pi koperasi Ibrahim...arggghh tak best lar koperasi dah takdak jual aiskrim...tak sweet ar camni...hoho...then terjumpa kawan2 yang masuk form 6...waa segak depa dgn uniform form 6...apa2 pun good luck k!


ni nama dia Anjung apa tah...aku lupa dah..hoho..anjung ni lar tempat aku dengan kawan2 buat last minute revisions before masuk dewan masa Trial Exam...masa tu, dalam hati dah takdak taman...dalam hati cuma ada takut,nervous, takmau buat trial exam and segala macam perasaan lagi lah...tapi apakan daya...memang time tu pulon gila baca buku...tapi ' time ' tu je lar sebab dah nama pun ' last minute revisions ', so pulon lar baca buku time tu sebab sebelum2 tu, jangan harap aku nak pulon baca buku...hahahah just kidding... satgi ibu terbaca entry ni mampoih aku kalau dia tau aku tak berapa pulon baca buku...hoho..

 then ha nampak tak bumbung colour biru tu...tu tempat jalan kaki daripada blok2 kelas sampai lah gate sekolah...jaraknya masyaAllah...kalau time puasa, masa dok jalan kat bawah bumbung tu, semakin kami jalan, aku rasa semakin jauh jarak gate sekolah tu dari blok kelas aku...huh kritikal aku time tu..rasa macam nak pengsan..tapi aku tak pernah pengsan lagi lar...huhu...tak sanggup aku nak mengenangnya semula....

ni pulak Dewan Tunku Ibrahim...tempat kami semua ambik Trial Exam....kat dewan ni lar macam2 hal yang berlaku time tu...pinjam-meminjam test pad lar... nama ja pinjam, tapi bukan pulangkan balik pun...tu adat okay...hoho..
dewan ni jugak lah tempat kami ambik result Spm baru2 ni...huh gerunnnnn...pendek kata dewan ni memang menggerunkan lah...hahah...
kat dewan ni kami buat Trial Exam...SPM Exam yg betul2 punya kami buat kat Dewan Syed Jan..aku tak ambik gambar dewan tu sebab aku tak lalu kat dewan tu pun tadi...



finally siap jugak semua pengesahan tu..tak ambik masa yg panjang pun actually..then Lee dok bising kat aku  perut dia lapaq lar pa la semua ada kat dia...aku bawa dia pi tesco makan KFC...Lee belanja doe...hebat Lee! masehhh Lee...huhu.. *cries

then..aku pi hantaq Lee kat umah dia..then aku pun balik lar umah....penat + mangantuk...bila dah masuk dalam bilik tu, mula lah aku nak rindu-rinduan kat si dia...nak call tak boleh sebab dia outstation kat Philippines...nak jumpa lagi lar tak boleh...nak online, mata dah mengantuk sangat ...hmm bila dah dalam dilema camni last choice ambik handphone buka gallery then tengok gambar dia sampai lah tertido...handphone pun aku dah taktau jadi pa...hehe..


Sunday, 12 May 2013

nak sambut Hari Ibu pun salah ka?

Assalamualaikum and hello readers...

today is Mother's Day...so mesti ramai yang dah wish kat ibu korang kan..yup aku pun dah wish tepat2 pukul 12 malam tadi...nampak?? betapa excited nya aku nak wish Mother's Day kat ibu aku...hoho...

hhhmm...tapi malangnya aku tengok ramai yg update "Hari ibu ialah hari ibu gereja kristian . Siapa nak sambut silakan siapa takut rosak akidah jangan sambut "... 

aku bukan nak bangkang ke apa..tapi...is that true?? kenapa nak sambut hari ibu untuk ibu yang melahirkan kita pun salah?? sampai boleh rosak akidah bagai...

okay fine..ramai yang cakap macam ni setiap hari adalah Hari Ibu...ya aku suka statement tu sebab nampak macam sangat menghargai jasa baik ibu yang dah melahirkan kita and menjaga kita sampai sekarang...

seperti sedia maklum, bila ada suatu perayaan atau hari-hari yang penting, kita mesti akan wish contoh waktu hari raya...bila jumpa kwn2 ke,sedara mara ke or sapa2 je lar yg boleh menyambut hari tu, kita mesti akan cakap camni kan  "SELAMAT HARI RAYA"..or birthday someone "HAPPY BIRTHDAY"...ha semua tu kita cuma wish waktu tertentu sahaja...takkan lar setiap hari kita nak wish "SELAMAT HARI RAYA","HAPPY BIRTHDAY" and macam2 lagi lar jenis wish... kot kan??

sama lar jugak macam HAPPY MOTHER'S DAY ni...cuma setahun ja ada Hari yang mcm ni...kalau nak sambut setahun sekali pun tak boleh??.that means kena sambut setiap hari lar ea?? that means kena wish setiap hari lar ea??? that means kena guna ayat yg sama lar ea untuk ibu kita?? kalau setiap hari wish benda tu,dah tak jadi sweet lar...bila wish setahun sekali,baru lar akan terasa berbeza dari hari2 yang lain and confirm sweet gila..

sesetengah orang akan beli hadiah untuk ibu diorang pada Hari Ibu..let's say setiap hari kita sambut Hari Ibu,takkan setiap hari nak beli hadiah kot?? ok fine kalau 'orang yang sambut hari ibu setiap hari tu' cakap camni, tak semestinya nak beli hadiah untuk ibu setiap hari..then i wanna ask u, bila yang korang nak beli hadiah untuk ibu sebagai hadiah 'hari ibu'?? let's say esok..korang beli hadiah untuk ibu korang..then masa nak bagi hadiah tu apa korang nak cakap kt ibu korang?? " happy mother's day" ?? then ibu korang sure akan kehairanan..."harini Hari Ibu ke??" then kalau tak wish cmtu pun,korang just akan ckp cmni "ni hadiah untuk ibu"..then ibu tanya balik "hadiah untuk apa??" then apa korang nak jwb?? "saja2"??? erghhhhhhhh....

so,kat sini aku just berpendapat yang tak salah if kita nak sambut Mother's Day tu...tentang kisah kristian lar apa lar,kita tak payah lar terlalu taksub sgt percaya bnda tu...aku tak suruh korang jgn percaya tentang kisah kristian tu..aku just cakap jgn TERLALU TAKSUB dgn benda tu..kita sambut Mother's Day pun just wish,kasi hadiah then hug and kiss our mom right...aku tak nampak apa2 yg boleh memesongkan akidah sbb sambut benda tu pun...

 HAPPY MOTHER'S DAY ibu!!! ayang sayang ibu sangat2! thanks for everything..ayang hargai setiap pengorbanan ibu... sayang ibu sangat2!! kejayaan ayang adalah untuk ibu!


p/s : this is just my own opinion about Mother's Day...so kalau ada sapa2 yg terasa,i'm so sorry...aku takda niat pun nak bangkang pendapat korang,tapi entry aku ni just about my own opinion...hope korang phm..

have a good day..
bye,Assalamualaikum..

Thursday, 9 May 2013

Bila kakak sulung berbahas

Assalamualaikum and hello readers...

kat entry ni aku nak ceqita sikit pasai adik-adik aku yang setahun jagung lagi tapi dah mewah sangat...

aku dulu masa sekolah, uniform dua pasang and kasut sekolah sepasang..aku tengok adik2 aku lani punya lah sakan shopping barang2 sekolah...uniform nak lima pasang..kalau boleh nak pakai sehari sepasang...then kasut 3 pasang... waa sakan ampa nohhh...

then kalau boleh nak beli semua barang yang ada jenama...beg mesti nak yang Body Glove...kalau bukan Body Glove, mogok takmau pi sekolah...haiyaaa penampiorrr mau??? hoho... macam lar aku ni garang sangat...hehehhh... 

pastu dah lar shopping sakan untuk barang sekolah, masuk pertengahan tahun je,mesti kasut dah koyak lar,baju dah hangit lar sebab tersilap iron lar, beg putus lar pa larr...aishhh banyak betuiii alasan ampa kan...tapi belajaq takmau pulak pandai2...orang biaq lar sama...barang mau mewah,pelajaran pun mau mewah...baru padan...

then..kalau boleh every weeks nak hangout dengan kawan2..aku dulu kalau nak hangout kena tunggu kelas buat party dulu baru boleh hangout dengan kawan2...kalau takda party tu,hhmm hangout dengan family je larrr...

so,kalau aku ada anak nanti...kalau depa nak bermewah-mewah camtu,then nak barang2 lain yang mahai2, tunjuk dulu number 1 dalam kelas pada mama mu ni...hoho..  waaa dah gatai nanak anak pulak... dush2!! haha...

p/s : parents kita akan buat apa saja untuk tengok kita gembira and bahagia...depa lebih tau apa yang terbaik untuk kita...so,jangan lah sesekali kecewakan harapan depa...SAYANG IBU AYAH !!

have a good day,
bye,Assalamualaikum..



Tuesday, 7 May 2013

Dan Bila Esok

Assalamualaikum and hello readers..

Dan Bila Esok...waaa kemain tajuk kan...hoho
entah lar..in a few days ni, aku punya feeling semacam je...maybe sebab aku dah nak pi jauh kot...kebetulan,now dia ada kat kampung dia kat kedah gak..tengah cuti mengundi...but aku tak boleh nak jumpa dia atas beberapa reasons... i'm so sorry sayang...


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya..

ni actually lagu tau..ala ampa semua pun tau aihh ni lagu sofaz kan..hhmm...27 mei ni aku dah kena register masuk matrik..tapi tak tau lagi lar either matrik penang or johor...aku kat matrik.dia kat KL..dua tempat and cabang yg berbeza..aku study,dia keja...masing2 ada tanggungjawab masing2...kalau aku busy,of course dia pun busy...tapi even dia busy,dia still boleh layan aku...aku??? adakah nanti kat matrik.aku pun boleh buat macam apa yg dia buat untuk aku sekarang ni???

andai kata nanti aku tak boleh nak buat mcm apa yg dia buat untuk aku sekarang ni,adakah dia still akan sayang aku macam mana dia sayang aku sekarang???adakah nanti perasaan dia still sama macam perasaan dia kat aku sekarang ni??? 

andai kata semua tu terjadi,sure aku dah takda peluang untuk jadi orang yg selalu ada dalam hati dia kan...


aku dah happy dengan dia...happy sangat2...aku taknak semua tu terjadi...ya sekarang memang kami ada cakap yang kami akan jaga relay kami...but in the future,sapa yang tau apa yang akan jadi kan..maybe dia akan jumpa girl yang lebih perfect...maybe jugak aku akan jumpa boy lain...and maybe jugak ada something bad will happen to me...huwaaaaa  aku taknak!!  waaa feeling hebat nihhhhh...huhu..

this picture was edited by him...i wish our relationship will last forever...


promise i will love him forever...

TERLANGGAR DINDING!

Assalamualaikum and hello readers..

ampa semua pa khabaq??? aku sihat jaaa...  perghhhhh..kedah piauuuu... hoho..

ha kat entry ni aku nk ceqita sikit pasai aku accident terlanggaq dinding...haha jangan gelak nohhh..

okay ceqita dia macamni...masa hari Mohon Restu Bersama Guru-guru Smk Ibrahim, aku memang excited gilaaa lah kan...maklum lar nk mohon restu untuk SPM..semangat gila tak tau nak habaq dah...hoho...
kelas aku first turn kena naik stage...masa nak naik tu, perghhhhh gila punya semangat macam dapat straight A's dalam SPM tu...hahaha...kat atas stage tu lar kami akan terima jadual SPM and dua batang pen biru and ada penanda buku yg ada wish good luck daripada headmaster, then kami boleh lah mintak restu kat cikgu2 kat atas stage tu..semua cikgu yang ajar form 5 ada kat atas stage..masa dok kat atas stage tu,aku sempat lagi kacau headmaster..aku cakap "aaaa cikgu...takkan dua batang pen ja? saya nak lebih boleh tak??"  then headmaster tu ckp "aaa boleh2..nah amek lagi sebatang"... then kawan aku liyana(Lee) yang dok kat belakang aku time tu jelez..hahaha.. then lepas salam dengan headmaster tu,aku pun pi lar bersalam-salaman dengan cikgu2 lain..masa salam dengan ustazah Samsun tu,aku dgn Lee cakap banyak gila..macam2 kami mohon..ye lar kan,masa ustazah tu mengajaq dalam kelas,aku deret buat homework yang tak siap..saja nak siapkan awal2,senang nnti msa kat umh aku boleh relax..hoho..Lee pulak time ustazah ni mengajaq,dia deret dok baca buku Biology,maklum lar  cikgu biology tu suka buat test mengejut...bila ustazah ternampak si Lee ni pegang buku biology,ustazah cakap dia dok kalut baca novel..hahaha..apa lar hang ni Lee..lain kali time ustazah mengajaq kena fokus..fokus tu penting...pa lar hang ni..yang ustazah pun sama...ada ka patut buku biology dia boleh kata tu novel??? haiyaaaaa ustazah2...tapi aku rindu lar ustazah tu, dia sporting gila...suka buat lawak..ustazah sempoi lahhh!!

hoho..then aku pi salam dengan cikgu Maheran..cikgu addmaths aku..seriously aku taktau pasaipa aku terharu bila mohon restu kat dia..ayaq mata aku cam nak terkeluaq,tapi aku tahan..cikgu maheran perasan aku macam nak nangis..hoho..then dia cakap "sabaq lar maizatul"..huhu..then masa kat belakang stage tu,kat situ macam gelap sikit....aku pun jalan dengan kawan2 aku..sebelah aku ada Lee..macam biasa kami dok sembang gila2..yang Lee ni dok tak puas hati lagi pasai aku dapat pen lebih..hoho..then masa aku sembang tu,aku tengok blah Lee..jalan tak tengok depan..last2 masa aku nk pusing kepala tengok depan tu,tetiba terlanggaq dinding..kedebukkkkkk!!!  adoihhhhhhhhh!!! seriously kuat gila bunyi aku kena dinding tu..kawan2 aku terus jerit kt aku "wehhhh maiiiii !!!! hang pasaipa??? "  perghhh aku tak boleh angkat muka dah..serious sakit gilaaaa....jam aku putus sebab masa aku terlanggaq dinding tu,jam aku pun turut menjadi mangsa...hoho...tapi semua pen aku masih dalam genggaman aku,takda satu pun tercicir...hahaha..muka aku jadi merah sebelah kat bahagian kena dinding tu...tetiba plak cikgu Maheran lalu then cakap camni " sudah2 lar tu maizatul,tak payah lar sedih sangat"... laaa cikgu pikiaq aku sedih pasai mohon restu tu...haiyaaa cikgu!! saya terlanggaq dinding cikgu...huhu...

masuk ja dalam kelas,aku just duduk tempat aku ja...malas nak kacau kawan2 aku..aku rasa lemah gila lepaih langgaq dinding tu..Lee pulak dok selak2 tudung aku nak tengok bekas kena dinding tu..hahah penampiorrr satgi ha...


lebam tu sebijik macam lebam kat muka aku haritu..ni gambar google..gambar aku terdelete...huhu..

kebetulan 2,3 hari lepaih aku kena dinding tu,hari raya haji kalau tak silap aku...waaaa sedih gilaaaa muka aku dah macam batman...hoho..dalam 3 minggu gak lar lebam tu nak hilang pun...

p/s : pandanglah ke hadapan semasa sedang berjalan..ingatlah orang tersayang..hoho...

good night..
bye,assalamualaikum..

Saturday, 4 May 2013

kawan ke cmni??

Assalamualaikum and hello friends..

kawan..kawan..kawan...semua orang ada kawan kan? yezza aku pun ada kawan...
tapi dalam banyak-banyak kawan yang kita ada,cuma segelintir ja yang boleh bersama kita waktu kita nangis...am i right??

ni bestfriends aku..bestfriends aku ni lar yang selalu ada untuk aku..selalu marah2 aku..selalu tegur2 aku..selalu support2 aku..selalu.....errr pendek cerita,selalu ada untuk aku lar..huhu..sayang bestfriends aku ni..sayang ibu ayah!


okay..aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni..tapi dia ni bukanlah bestfriend aku..seriously aku memang tak pernah anggap dia ni bestfriend aku..bukan kejam ke apa..tapi dah aku memang jarang bersembang dgn dia,jarang hangout dgn dia,takkan dia boleh jadi bestfriend aku kot kan..

actually dia ni kawan aku masa sekolah lama dulu..tak perlulah aku mention sekolah yang mana ea tapi yang penting aku kenal dia masa sekolah menengah...dia bukan classmate aku waktu tu..kitorang kenal pun just tegur2 camtu je..tapi aku dapat rasakan yang dia cuba untuk rapat dgn aku..ya actually aku pun selesa dgn dia..sebab kitorang ada banyak persamaan..tapi dah kitorang jarang spend time together,so macam mana nak jadi rapat?? err actually dia ada ajak aku keluar tapi aku jarang boleh keluar dgn kawan2..

then baru2 ni aku ajak dia keluar..ok kitorang pun keluar lar pegi satu tempat ni..yup memang best dgn dia..sebab dia sporting,gila2 and happening je bila dgn dia..tapi entah kenapa aku still rasa yang aku tak boleh nk rapat dgn dia..bukan nak belagak..tapi seriously aku rasa macam tu..

yang ni pun bestfriends aku gak..bila aku nak gaduh,aku cari diorang..bila aku nk sweet2 pun aku cari diorang..budak yg pkai crown yang mata konon2 terbeliak tak terbeliak tu banyak tahu rahsia aku...hoho..


okay let's continue cerita pasal kawan aku tadi...aku just keluar dgn dia sekali je..then lepas2 tu,aku banyak keluar dgn adik2 aku..then bila aku upload pictures aku dgn adik2 aku kat facebook,dia buat jeles teruk sebab aku tak ajak dia keluar..hahaha! what a funny joke..then masa semua batch '95 dah boleh buat semakan tawaran form 6,aku tgk kat fb,ramai giler yang updates status yang diorang dpt sambung belajar kat form 6..and kawan aku ni pun dpt..then dia pun update lar status cmtu jugak,dia tak puas hati sbb dpt form 6..aku just baca then klik 'like'....keesokannya,laman web semakan tawaran sambung belajar kat matrikulasi dh boleh tengok..aku dpt tawaran tu..then aku update lar status pasal matrik johor..then dlm status tu jugak aku tanya kenapa aku dpt johor sbb jauh sgt tu..tetiba je dia update status marah2 kt sesapa yg dpt tawaran jauh2 tu,dia ckp biar lar jauh pun,asalkan niat nk belajar sudah,tak payah lar nak bising2 pasal dpt tawaran jauh2 tu,pegi je lar..lebih kurang cmtu lar ayat dia..waaaaaaaa baik punya status kau update..yg kau update pasal form 6 kau tu takpe pulak ea..

tapi aku buat tak tahu je...mcm biasa..aku just klik 'like'..then tetiba pulak post kt wall aku...then marah2 aku sbb aku sombong dgn dia lar,tak tegur dia kat fb lar,dah tak pernah chating dgn dia lar,tak pernah message dia lar...seriously aku terkejut..kenapa aku perlu chating dgn dia sedangkan aku takda topik nk sembang dgn dia?? and dia pun sama,kenapa tak message aku? kenapa tak htr chating kat aku? ha kalau aku tanya soalan ni balik kat dia,confirm dia tak boleh jawab kan...ewahhhh ewahhhh senang2 je nak marah2 aku..even kalau dia bestfriend aku pun,takkan lar kemana saja aku pegi,aku wajib bawa dia sekali?? huh...

ni bestfriend aku jugak..dia pun banyak tahu pasal rahsia aku..dia selalu ada untuk aku..even dalam phone je,tapi aku rasa bahagia bila dengan dia...dia sangat memahami aku..sayang awak!

okay continue pasal cerita kawan aku tadi, aku just buat dono je kat dia..seriously aku tak faham kenapa dia  perlu cakap semua tu kat aku..aku bukanlah sapa2 pada dia..aku bukan bestfriend dia and aku pun bukanlah   one of her family..so,please don't do that to me!

lepas ni...aku harap kau akan dapat kawan yang boleh jadi bestfriend kau yg betul2 memahami kau..


esok hari mengundi..aku pun nak undi jugak lar..hoho.. macam lar aku dah cukup umur untuk mengundi..hahahahah...  

have a good day!
bye,Assalamualaikum..

Tuesday, 30 April 2013

cinta sejati

Assalamualaikum and hello...




sweet kan..semua org nak mcmni...yess i am too..  *waa..anak ibu ni dh gatal lar..hoho..  #aipp..study first! --> ibu cakap..

Dalam mimpi aku terbang
Dan hati ini ingin menangis
Entah mengapa kehilanganmu
Terlintas dijiwaku

Dalam hujan aku berharap
Perlahan kau letakkan hatimu
Untukku simpan selamanya
Untuk mahkota mimpiku

Salahkah jika ku terlanjur
Tulus menyayangi dirimu
Mungkin sulit tuk kau mengerti
Tinggallah temani diriku
Walau hanya didalam mimpiku
Aku tak ingin terbangun

hhhmm...hey guys! pernah dengar tak ayat ni  "CINTA YANG SEJATI BERDIRI ATAS DASAR HORMAT" ...bila kita sygkan seseorang tu,sure kita akan hormat dia..bukan hormat then tunduk dgn apa saja kemahuan dia..this is hormat like kita hormat dengan pendapat dia,diri dia,penampilan dia,cara dia and mcm2 lagi lar..

bila kita ada perasaan hormat dgn seseorang tu,sure kita takkan buat perkara yg dia tak suka kan...

bila kita sayangkan seseorang,janganlah cuba2 untuk buat dia sakit hati,because orang yg kita syg tu ada hati dan perasaan jugak mcm kita..cuba fikir kalau org yg kita syg tu buat bagi kita sakit hati pulak...waaaa sakit beb! sure kita taknak kan....




actually today seriously aku takda mood nak menulis..tapi hhmm aku  boring tak tahu nk buat apa..huhu..aishhhhh johor/penang!! cant wait to go there! 


i'm not in the mood..  ='(
bye,Assalamualaikum..

TRAUMA !

Assalamualaikum and hye u olls...

ku pilih malaysia!!!  waaaa since hari mengundi PRU13 ni dh  nak makin hampir, makin aneh-aneh rakyat malaysia sekarang ya..hoho..

ya aku pun sama..aku makin aneh..makin menjadi aneh..err agak pelik ayat aku tu..tu lar..aku dh cakap aku dh makin aneh sekarang...

huwaaaaaaa.... ='(    aku traumaaaaaa!!!!

baru-baru ni...masa aku nak balik dari taman jubli..aku drive keta..actually bukan aku sorg lar yang ada dalam keta tu..ada adik-adik aku dengan  dua orang lagi kawan diorang..we all nyaris-nyaris accident...huhu...ada sorang budak lelaki ni..naik basikal lalu depan keta then tetiba berhenti..dah lar tetiba berhenti,pastu boleh pulak dia turun dari basikal tu..haiyaaa!! nasib baik aku sempat tekan brek..kalau tak,huwaa aku tak tau lar apa jadi kat kitorang...then masa nak pusing dekat satu kawasan sunyi tu, aku tak perasan ada tembok kecik,aku langgar tapi sikit je lar,wahhh secara tak sengaja aku telah menghasilkan lukisan yg tak sepatutnya aku lukis..bercalar keta ayah aku kat bahagian bumper depan blah pemandu..blah aku lar tu..


ni gambar dalam google je...

yesss dulu aku memang suka drive laju-laju...but now seriously aku trauma!  baru ni kuar beli barang persiapan nak masuk matrik dengan parents aku pun seriously aku tak nak pegang stereng lagi...huwaaa bila trauma aku boleh hilang ni??  aku nak drive macam dulu balik... aku nak jadi berani macam dulu balik...huwaaaaaaaaa...  ='(

buat masa sekarang parents aku tak bagi aku kuar mana-mana lagi..ye lar..takut jadi pape kat aku...kena tunggu trauma aku tu reda dulu..lagipun,diorang memang tak bagi kuar dah sebab dalam bulan april saja,dah banyak kali aku hangout dengan adik-adik aku...so..before aku pegi matrik, diorang nak aku luangkan masa dgn diorang..ye lar kan,aku kan dah nak pegi jauh...huwaaaaaaaaa....  gonna miss my family!!!  gonna miss my ateh apiez!!!!  gonna miss my car!!!  gonna miss my friends!!

have a good day guys and berhati-hatilah di jalan raya...
ingatlah orang yang tersayang...waa dah macam iklan dah....huhu..

bye,Assalamualaikum..

Sunday, 28 April 2013

Alahai Pak Long Tmn Jubli

Assalamualaikum and hello readers..



aaaa..today aku nak cerita pasal pak long..pak long ni adalah tauke sebuah kedai makan di kawasan taman jubli,sungai petani,kedah...kedai mkn pak long ni ramai org kalau nak dibandingkan dengan kedai makan yg lain yg satu kawasan dgnnnya..mungkin sbb makanan kt kdai pk long ni sedap dan layanan pun okay...
aaa...aku tak boleh nk selit gmbar pak long sbb hehe..aku tak sempat nk bergambar dgn dia..lagipun aku bukannya kenal dia sgt..hoho..

aku start kenal dgn pak long ni pun sbb ex-bf aku dulu suka sgt mkn kat kdai pklong ni..so,dia selalu ceritakan pasal kedai mkn paklong ni kat aku..

kelmarin aku singgah kat kdai mkn paklong..aku pegi situ pun sbb temankan adik aku,amanisa nak pegi library dgn kwn-kwn dia..nk siapkan folio katanya..aku dh abih sekolah,so aku malas lar nk masuk library..lagipun mak guard kt library tu mcm apa lagi..selalu aku dgr rmai org complain pasal dia..dh lar suka jerkah org...tu kan library..kalau nk tegur org pun,tegur lar slow2..ni jerkah kalau boleh nk 1 library dgr dia punya suara..lagi satu,dia kalau pandang perempuan, dia akan pandang mcm nk makan je perempuan tu..kalau pandang lelaki pulak,amboi2 bukan main manis pandangan dia..huh mcm ni pun ada ke?? tapi aku heran napa lar mak guard tu tak kena pecat je?? huh geram betul aku!

ok..kembali pasal pklong tadi..masa aku makan kat situ,mmg ramai org...aku just makan kek coklat + teh o ais je..adik aku mkn koey teow sup...then masa nk byr mknan tu,paklong dtg kat aku then tetiba tanya cmni kat aku..

PAK LONG : aiii lama tak datang... comel dah lani aihhh...

AKU : hehe..tima kaseh.. (dlm masa yg sama aku heran,cmna lar pklong still boleh ingt muka aku sedangkan aku pernah pegi mkn kat situ cuma sekali je..masa tu aku pun tgh siapkan folio dgn kwn2 aku..seingt aku masa aku form 5)

PAK LONG : mana 'dia'?? dah clash?? tadi tengahari dia ada datang..  ( 'dia' yg pklong maksudkan tu adalah ex aku)

AKU : aishh..saya takda pape dah dengan dia.. eheee... eh pklong still kenal saya lagi ea??

PAK LONG : uishh..apa pulak tak ingat.. hot stuff ni...

AKU : uishhh mana ada...ha paklong,ni kira,semua berapa??  * cepat2 aku ubah topik..nampak gaya,perbualan dgn pklong ni boleh jadi panjang lagi,so cepat2 aku keluarkan duit nak bayar..hoho..

lepas bayar,dia datang nak bagi balik duit balance kat aku...

PAK LONG : dapat belajar mana??

AKU : matrik Johor..

PAK LONG : owh..kena struggle sikit lar noh..hahah..

AKU : haha.. okay paklong..okay lar saya gerak dulu..bye paklong..

PAK LONG : okay2..bye..


then..lepas keluar dari kawasan kedai makan paklong tu..aku ronda2 dgn adik aku,amazila dekat playground taman jubli tu..hahah..serious aku tak tahu nk buat apa..then...aku pun buat lar rakaman kesewelan aku...hoho..




 this video was recorded time kesengetan aku melanda..hoho..

yg belakang tu adik aku yg bongsu..maizatul amazila..

ok lar..sekian saja pasal paklong tu...

have a good day..
bye,Assalamualaikum.. =')


Thursday, 25 April 2013

Johor Panggil Aku

Assalamualaikum and hello u olls..

Photo

kelmarin aku ada buat semakan tentang nama yg tersenarai utk menyambung pengajian di matrik....waa aku dapat!!  best gilaaaaaaa....aku mmg nk masuk matrik...buat masa sekarang aku tak ready lagi nk masuk U..

tapi korang tahu tak matrik mana yg aku dpt tu???  KOLEJ MATRIKULASI JOHOR!   aiyooooo!! gila jauhhhhh...hujung dunia tu...kalau naik keta,mau terbakaq pungkoq aku ni...haiyaaaa...kenapa lar aku dapat kt johor??? aku mintak kt selangor,pahang and perak...but kenapa JOHOR yg panggil aku?? huwaaaa jauh gilaaaaaaaaa......  ='(

 Photo

huwaaa tak sangka nnti aku akan merantau jauh...harap-harap aku okay and boleh bawa diri...aku dh lar tak pernah berpisah dgn ibu ayh aku...adoiyaiii...nampaknya kalau mcm ni punya jauh, hari raya je lar aku balik...cuti-cuti yang biasa tu berkubu lar aku kat matrik tu...huh...
tapi aku dengar ramai students ibrahim yg dapat matrik johor jugak..lega sikit bila dengar ada geng kat sana..hahah..tapi diorang tak confirm lagi nk pegi ke tak..haiyaa...aku dh decide yg aku memang nk pegi sebab aku memang nk masuk matrik..buat masa sekarang aku tak ready nak masuk U lagi...huhu..

entry ni ditaip dengan kencang kerana penaipnya tengah lapar...belum breakfast...hoho..jom kita breakfast!

have a good day.
bye,Assalamualaikum..   ^_^

Wednesday, 24 April 2013

wordless thursday : Aku musykil

Assalamualaikum and hello readers..

today aku tak tahu nak tulis apa..cuma yg dapat aku tulis adalah aku musykil,musykil,musykil dan musykil...seterusnya aku musykil,musykil,musykil dan musykil lagi...haishhhhh....selepas aku musykil...aku terus musykil dan musykil lagi..sampai lar aku musykil lagi...

and i just wanna ask KENAPA,KENAPA,DAN KENAPA????????
to who?? hhhmmm...


bila aku musykil,muka aku akan jadi cmni...   o.O


seterusnya mcm ni..  o.O


takpa...setiap apa yg kita buat mesti ada strategi kan, baru lar berjaya...so,aku ada strategi aku sendiri..


have a good day,
bye,Assalamualaikum....

Tuesday, 23 April 2013

SERAM!! Ada BENDA main2 dgn aku!!

Assalamualaikum and hello readers...

nmpk tak tajuk entry ni?? seram..serious mmg seram...aku pernah laluinya..korang pernah tak??


perghhhh mlm tu aku mmg tak boleh tido...mmg kritikal giler cara gangguan tu...okay aku ceritakan dari mula..ceritanya cmni..

Pada suatu malam,aku dgn adik-adik aku tgh bersuka-ria dan bergelak-ketawa smbil menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah...sedang kitorang ketawa bersama menangis bersama..hoho..okay2..aku serious..masa kitorang tgh tgk tv tu, tetiba je blackout...perghhhh!!  lutut aku menggeletar beb..adik-adik aku pulak berpelukan ketakutan...berpelukan?? takpa sbb kitorang 1 family,lagipun kitorang semua perempuan..haiyaaa dush2! masa tu muncul dalam pala otak aku ni pelbagai jenis dan aneka wajah hantu yg pernah aku tgk dlm tv ..



Parents aku takda kat umah sbb diorang ada hal kat luar..jadi time tu kat umh cuma ada aku dan adik2 aku je...perghhhh seram giler beb..tetiba pulak aku terdengar bunyi anjing menyalak mcm serigala...AUNGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!   dlm gelap2 tu,aku pandang adik aku..dh lar adik aku tu agak gelap sikit skin tone dia, cuma nampak mata dgn gigi dia je..huh lagi meremang bulu roma aku...tetiba aku dgr adik aku panggil aku "kakak,tu phone bunyi tu"...aku pun amek lar phone aku yg aku letak kt atas meja mkn.. *kenapa lar aku letak phone kat atas meja makan ea?aku sendiri pun heran..hoho.. masa amek phone aku tu,rupa-rupanya bunyi anjing menyalak mcm serigala tu adalah notification ringtone aku..masa tu terdetik dlm hati aku "kenapa lar aku letak bunyi cmni kt notification ringtone aku,kan dh seram sejuk jadinya"...haiyaa..aku tgk inbox,rupa-rupanya si dia htr msg kt aku..sapa si dia? ala ateh apiez aku lar..hoho..



aku tekad dlm hati aku..aku taknak jadi penakut..aku nk jadi berani..mcm lan todak..hahah..just kidding..then bila dh berani sikit tu,aku cakap kuat-kuat cmni "weh..hg kenapa kacau aku? aku tak kacau hg pun..hg p lar main jauh-jauh...sini bukan tempat main..sini tempat tgk tv..kalau nk join,p join dgn org lain lar"...then adik-adik aku cakap balik kat aku " -_-  kakak..please lar..." 



then aku ckp balik "ssshhhh..dia dh nak blah tu..ampa dok diam-diam tau..baca doa"... then diorang balas "huh susah sungguh kalau ada kakak yg byk ber'imagination' cmni"...aku senyum je..hoho..

tik tok tik tokkk...masa berlalu dgn begitu pantas..sejam dah berlalu..tetiba  rumah aku kembali bercahaya...aku berasa lega..aku jalan masuk bilik then terus aku tido sebab aku mengantuk sgt...hahah!

esoknya,aku ceritakan kisah ni pada jiran aku..alangkah terkejutnya aku bila dia pun mengalami benda yg sama.. then dia ckp cmni kat aku.. "hang ni pasaipa...malam tadi taman kita takdak letrik..huh kalau aku sekeh pala hang,hang jangan tanya pasaipa k"...

selepas itu baru aku tahu yg mlm tadi taman aku takda elektrik..begitu lah kisah seram aku...hahahhhh!!!


have a good day!
bye,Assalamualaikum.. =D