Friday 8 November 2013

Hantu Kasut KMJ

Assalamualaikum and hello guys!

ok..now aku nak tulis pasal cerita seram yang agak hangat la jugak dalam kalangan pelajar perempuan kat kmj ni..pasal hantu kasut yang semakin berleluasa di aras 1 blok E..

hmm..aku dengar-dengar cerita tu macam agak lawak sikit la..bukan nak berlagak tapi..aaa nanti la aku bagitau ea..hmm..diorang cakap hantu ni suka susun kasut tinggi kat depan pintu..kejadian macam tu sering berlaku waktu hari jumaat malam..

korang rasa camna???


haishh..pening aku memikirkan masalah ni..

okay..disebabkan aku dah habis semester 1 kat kmj ni..so aku rasa macam nak buat pengakuan..kisahnya bermula macam ni..

ni la roomates aku..dari kiri : zie,anis,qila..yang belakang tu aku la.. -_-

hmm..si qila ni suka mengusik..dia yang mula-mula cetuskan idea susun kasut kat depan pintu tu..dia selalu mengusik anis dgn zie memandangkan kasut diorang paling banyak kat luar tu..kasut aku pulak semua aku letak bawah katil..and hee..sebelum balik cuti Kakom baru-baru ni,aku pakai sandal dalam bilik..after balik dari Kakom baru aku kemaskan bilik betul-betul and dah tak pakai sandal dalam bilik..hee..

so,nak dijadikan cerita,Jumaat malam tu,kan kuliah kitorang last hari jumaat la..macam biasa sabtu kan cuti mingguan..so kiranya,jumaat malam tu macam nak enjoy la tengok movie..sebelum tengok movie pukul 12 tgh malam tu,aku,anis dgn qila turun pegi cafe nak beli makanan ringan utk makan time tgk movie tu..ala-ala pegi tgk wayang gitu..haahha..now aku nk jawab segala persoalan yg timbul k..timbul ka??haha

kenapa kami buat kerja tu pada jumaat malam?
sebab kan malam tu hari last kami kuliah,so mlm tu kira macam nak enjoy la..ngusik-ngusik orang..hee

kenapa kami susun kasut?
sebab kami terasa macam rajin nak susun kasut orang (padahal kasut sendiri tak tersusun)

kenapa blok E aras 1??
sebab bilik kami kat blok E aras 1.. (malas nak p buat kat blok lain,haha!)


tapi aku heran napa semua orang anggap benda ni serious..sampai ada yang ketakutan taknak keluar bilik lepas tgk kasut diorang tersusun sendiri..hmm..taktau nak cakap apa..huhu..ini serious ok..sebab jiran bilik kitorang sampai trauma kalau tgk kasut diorang berselerak kat luar..takut tersusun sndiri katanya..huhu..

sem 2 ni kitorang nak ngusik cara lain pulak la..haha.. *gelak nakal

aku sebenarnya tgh kecelaruan,kebingungan..sebab tu la ayat aku macam terabur..hoho..k la aku penat,nak tidur..waa tulis sikit,dah penat.. heee

bye,Assalamualaikum..
good night everybody!!!




Thursday 7 November 2013

Kisah Seram di Kmj!

Assalamulaikum and hello readers..

hmm..dah lama aku tak update blog ni..hmm dah rasa macam bersawang dah blog ni..huhu..
actually,biasa la bila jadi student matrik ni, of course schedule aku padat sangat..tapi dalam kesibukan study tu,aku sempat lagi ber'facebook',ber'twitter',ber'insta',ber'wechat' bagai tau..tu yang menambahkan lagi kesibukan jadual harian aku tu..haha.. *jangan follow rutin harian aku ni tau,boleh stress sampai putus urat kalau tak pandai handle emotion tu.. haha..

 ni classmates aku..yg tudung biru tu Yani..yang baju pink tu pulak Mah..


gambar ni masa kami beriadah time nak dekat-dekat hari raya Aidiladha baru-baru ni..aku jarang keluar beriadah,tapi dah disebabkan kepala aku kusut asyik duduk dalam bilik,study je...stress!

Memandangkan aku dah tertaip tajuk entry aku kali adalah berkaitan dengan kisah seram kat tempat aku study tu,so aku rasa aku tak relevant kalau cerita tentang kesewelan kami waktu beriadah tu kan..hoho..*pening sudah

ceritanya macam ni..kawan aku,Iman,dia ni boleh dikatakan agak berani..badan kecik molek tapi berjiwa besar dan kental..masa tu,dia ni nak ponteng ceramah kat masjid kmj,sama macam aku dengan Mah and Yani la..kami pun selalu la jugak ponteng aktiviti2 macam tu..haha..si Iman ni,ponteng sorang2..roomates dia semua pergi ceramah tu..so tinggal dia sorang ja dalam bilik masa tu..waktu tu kalau tak silap aku around 8pm macam tu la..si Iman ni main laptop sambil message dengan kawan dia..tiba-tiba kawan dia reply message yang tak ada kena-mengena dengan message dia before tu..pastu Iman tanya kawan dia tu kenapa kawan dia reply camtu,then kawan dia bagi respons sebaliknya.. diorang masing-masing forward message masing-masing..siap buat screen capture lagi..pastu,bila tengok balik kat ayat message diorang tu,ayat atas memang sama macam apa yg diorang tulis,tapi ayat bawah tu ada ayat tambahan dengan perkataan pelik..
si Iman pun hairan la..tapi dia buat relax sambil baca surah-surah..

actually,before kejadian yang berlaku kat Iman ni,kejadian yang sama pernah berlaku pada sorang perempuan kat Kmj ni jugak..dia message dgn boyfriend dia,bila jumpa dengan si boyfriend tu,si boyfriend tu cakap dia dah lama tak message perempuan tu..ha so sapa yang ber'message',ber'puitis-pujangga' dengan perempuan tu?? deng deng deng!

kebetulan..malam tadi..masa aku tengah message dgn apiez..tetiba kejadian yang sama jadi..mula-mula aku tak syak sgt la..aku ingatkan apiez tertypo ke apa..ada perkataan tak difahami..so aku tanya apiez,apa maksud ayat dia tu..then dia tanya aku balik kenapa dengan ayat dia..aku pun forward je la message yg aku terima dari dia tu..dia terkejut.then forward message yg sepatutnya aku dpt dari dia tu..lain..ayat atas sama macam apa yang dia taip..ayat bawah ada perkataan tambahan dengan 'love-love' bagai..so,selain aku dan apiez yang bermessage tu,adakah ada yang lain sedang bermessage dgn kami??

tapi..hmm..tak payah fikir sangat la benda ni..technical problem kot..huhu..

p/s : bukan nak tunjuk belagak or terlebih berani,tapi kalau difikirkan sangat benda ni,boleh memudaratkan diri balik..

k la..tak tau nak tulis apa dah..hee..
bye..Assalamualaikum..good night! ;)

Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

assalamualaikum and hai semua..

hhmm..dah lama aku x update blog ni...sejak kebelakangan ni aku agak sibuk sikit..nanti kalau aku free,aku update la k..

nothing to say.. just.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN buat semua yang mengenali aku..aku hanya manusia biasa yang takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan..aku mintak maaf if aku ada terkasar bahasa or terbuat korang sakit hati k..

raya tahun ni amat bermakna bagi aku..


  • aku stay jauh dari family..so aku dapat rasa perasaan balik beraya..mmg happy sgt bila dapat balik beraya..lagi2 pulak umah aku jauh dari matrik tempat aku study tu...
  • aku dapat beraya dgn insan yang amat memahami aku selain dripada family aku... <3 AH
  • lepas raya ni aku ada exam.. ( ni yang paling BEST sgt! )  -_-
  • aku dapat berpuasa dgn roomates aku (anis,qila,zee)..diorang memang roomates yg terbaik la..diorang dah mcm family aku...mcm2 diorang tahu tentang diri aku.. *terutama cara aku tidur..kahkahkah..
  • aku harap raya tahun ni akan membawa keberkatan kepada aku dan family aku,roomates aku,apiez,classmates (ms32) and kawan2 aku..

 ni la roomates aku..

 ni pulak classmates aku

 yang ni buah hati aku...hehe..adik2 aku..


yang ni pulak jantung hati aku..syg ibu ayah!

yang ni pulak pemilik hati aku..apiez..

hhmm..mercun dah berdentum dentam..arghhh aku nak main jugak!

k lar..selamat hari raya semua!

bye..assalamualaikum.. ^_^



Saturday 18 May 2013

wordless saturday:GWIYOMI cara kami

Assalamualaikum and hello readers..

harini aku ada buat beberapa video rosak dengan adik aku..tapi AWAS bukan video porno tau! haha..








masa ni baru tengah practise..lagu pun hilang pi mana taktau lar..err sila abaikan bunyi bunyian yang pelik tu okay! haha






still tengah practise tapi lagu tetiba pulak muncul..hoho..dan kami sedang berebut tempat...tak celuih nak masuk dalam kamera...haha




yeahh yang ni pulak gwiyomi kesewelan..haha



err..kalau yang ni gwiyomi senaman tangan..hoho


happy saturday everyone and happy watching !
baru balik dari kenduri...tadi makan nasi minyak...awwww sedap giler doe! bila lah boleh makan nasi minyak aku pulak...hoho..dush2!!

bye,Assalamualaikum

Wednesday 15 May 2013

Pi mintak autograf Pengetua

Assalamualaikum and hello readers..

 Liyana (Lee)

pagi tadi, aku dengan Lee pi sekolah Ibrahim...plan nak mintak autograf pengetua...hoho..actually kami nak mintak pengesahan pengetua untuk borang matrikulasi tu...dalam perjalanan nak sampai sekolah tu, hujan lebat gila baq hang...tapi aku driving macam biasa jaa..then masa dah sampai kat sekolah tu...damn! pengetua pulak menghilangkan diri..aku dah agak dah benda ni mesti berlaku punya sebab pengetua dah tau Lee nak mai..so,dia pun menghilangkan diri untuk mengelakkan diri daripada kekecohan Lee tu.. hoho  gurau ja..lee jangan marah noh..entry ni khas untuk hang...so jgn marah k..kalau hg marah gk,aku remove entry ni..hoho..nampak?? aku ada power...haha

aku ingat lagi masa kami Kelab Bowling kat Central Square dulu..Lee pernah mintak Coolblog free kat kakak n abang yang jual coolblog tu...hahah...dia berlakon je actually...dia punya lakonan masa mintak coolblog tu sampai kakak n abg tu rasa cam tak sedap hati pulak kalau tak bagi kat budak ni...boleh bunuh diri budak ni kalau tak dapat coolblog free ni...haiyaaa...hahah..terbaikkkk lah Lee!! err dua kali jugak la dia dapat coolblog free...haha caya lar Lee!

okay kembali kepada cerita yang asal...huhu..because of pengetua takdak, so kami kena mintak pengesahan daripada penolong2 kanan kat situ la..penolong kanan?? errr aku pun heran actually kenapa nama jawatan tu 'Penolong Kanan'...kenapa penolong kanan ada tapi penolong kiri takdak...haha merapu ja aku nih...dush2 !!

then aku dengan Lee pun selamba je masuk bilik Penolong2 Kanan...then kami pun pilih lar salah sorg Penolong Kanan kt situ..kami pilih Ustazah Samsun..ala ustazah rock yg mengajar kelas kami dulu....seriously ustazah tetap sama macam dulu...Lee dengan selamba kerbau je ambik ustazah punya cop then dia cop kat semua kertas dia...walawehhhhh hang Lee..ganaih kemain aihhh..tapi takpa..aku suka! haha...macam2 lar kami sembang dengan ustazah tu...then kami pi koperasi Ibrahim...arggghh tak best lar koperasi dah takdak jual aiskrim...tak sweet ar camni...hoho...then terjumpa kawan2 yang masuk form 6...waa segak depa dgn uniform form 6...apa2 pun good luck k!


ni nama dia Anjung apa tah...aku lupa dah..hoho..anjung ni lar tempat aku dengan kawan2 buat last minute revisions before masuk dewan masa Trial Exam...masa tu, dalam hati dah takdak taman...dalam hati cuma ada takut,nervous, takmau buat trial exam and segala macam perasaan lagi lah...tapi apakan daya...memang time tu pulon gila baca buku...tapi ' time ' tu je lar sebab dah nama pun ' last minute revisions ', so pulon lar baca buku time tu sebab sebelum2 tu, jangan harap aku nak pulon baca buku...hahahah just kidding... satgi ibu terbaca entry ni mampoih aku kalau dia tau aku tak berapa pulon baca buku...hoho..

 then ha nampak tak bumbung colour biru tu...tu tempat jalan kaki daripada blok2 kelas sampai lah gate sekolah...jaraknya masyaAllah...kalau time puasa, masa dok jalan kat bawah bumbung tu, semakin kami jalan, aku rasa semakin jauh jarak gate sekolah tu dari blok kelas aku...huh kritikal aku time tu..rasa macam nak pengsan..tapi aku tak pernah pengsan lagi lar...huhu...tak sanggup aku nak mengenangnya semula....

ni pulak Dewan Tunku Ibrahim...tempat kami semua ambik Trial Exam....kat dewan ni lar macam2 hal yang berlaku time tu...pinjam-meminjam test pad lar... nama ja pinjam, tapi bukan pulangkan balik pun...tu adat okay...hoho..
dewan ni jugak lah tempat kami ambik result Spm baru2 ni...huh gerunnnnn...pendek kata dewan ni memang menggerunkan lah...hahah...
kat dewan ni kami buat Trial Exam...SPM Exam yg betul2 punya kami buat kat Dewan Syed Jan..aku tak ambik gambar dewan tu sebab aku tak lalu kat dewan tu pun tadi...



finally siap jugak semua pengesahan tu..tak ambik masa yg panjang pun actually..then Lee dok bising kat aku  perut dia lapaq lar pa la semua ada kat dia...aku bawa dia pi tesco makan KFC...Lee belanja doe...hebat Lee! masehhh Lee...huhu.. *cries

then..aku pi hantaq Lee kat umah dia..then aku pun balik lar umah....penat + mangantuk...bila dah masuk dalam bilik tu, mula lah aku nak rindu-rinduan kat si dia...nak call tak boleh sebab dia outstation kat Philippines...nak jumpa lagi lar tak boleh...nak online, mata dah mengantuk sangat ...hmm bila dah dalam dilema camni last choice ambik handphone buka gallery then tengok gambar dia sampai lah tertido...handphone pun aku dah taktau jadi pa...hehe..


Sunday 12 May 2013

nak sambut Hari Ibu pun salah ka?

Assalamualaikum and hello readers...

today is Mother's Day...so mesti ramai yang dah wish kat ibu korang kan..yup aku pun dah wish tepat2 pukul 12 malam tadi...nampak?? betapa excited nya aku nak wish Mother's Day kat ibu aku...hoho...

hhhmm...tapi malangnya aku tengok ramai yg update "Hari ibu ialah hari ibu gereja kristian . Siapa nak sambut silakan siapa takut rosak akidah jangan sambut "... 

aku bukan nak bangkang ke apa..tapi...is that true?? kenapa nak sambut hari ibu untuk ibu yang melahirkan kita pun salah?? sampai boleh rosak akidah bagai...

okay fine..ramai yang cakap macam ni setiap hari adalah Hari Ibu...ya aku suka statement tu sebab nampak macam sangat menghargai jasa baik ibu yang dah melahirkan kita and menjaga kita sampai sekarang...

seperti sedia maklum, bila ada suatu perayaan atau hari-hari yang penting, kita mesti akan wish contoh waktu hari raya...bila jumpa kwn2 ke,sedara mara ke or sapa2 je lar yg boleh menyambut hari tu, kita mesti akan cakap camni kan  "SELAMAT HARI RAYA"..or birthday someone "HAPPY BIRTHDAY"...ha semua tu kita cuma wish waktu tertentu sahaja...takkan lar setiap hari kita nak wish "SELAMAT HARI RAYA","HAPPY BIRTHDAY" and macam2 lagi lar jenis wish... kot kan??

sama lar jugak macam HAPPY MOTHER'S DAY ni...cuma setahun ja ada Hari yang mcm ni...kalau nak sambut setahun sekali pun tak boleh??.that means kena sambut setiap hari lar ea?? that means kena wish setiap hari lar ea??? that means kena guna ayat yg sama lar ea untuk ibu kita?? kalau setiap hari wish benda tu,dah tak jadi sweet lar...bila wish setahun sekali,baru lar akan terasa berbeza dari hari2 yang lain and confirm sweet gila..

sesetengah orang akan beli hadiah untuk ibu diorang pada Hari Ibu..let's say setiap hari kita sambut Hari Ibu,takkan setiap hari nak beli hadiah kot?? ok fine kalau 'orang yang sambut hari ibu setiap hari tu' cakap camni, tak semestinya nak beli hadiah untuk ibu setiap hari..then i wanna ask u, bila yang korang nak beli hadiah untuk ibu sebagai hadiah 'hari ibu'?? let's say esok..korang beli hadiah untuk ibu korang..then masa nak bagi hadiah tu apa korang nak cakap kt ibu korang?? " happy mother's day" ?? then ibu korang sure akan kehairanan..."harini Hari Ibu ke??" then kalau tak wish cmtu pun,korang just akan ckp cmni "ni hadiah untuk ibu"..then ibu tanya balik "hadiah untuk apa??" then apa korang nak jwb?? "saja2"??? erghhhhhhhh....

so,kat sini aku just berpendapat yang tak salah if kita nak sambut Mother's Day tu...tentang kisah kristian lar apa lar,kita tak payah lar terlalu taksub sgt percaya bnda tu...aku tak suruh korang jgn percaya tentang kisah kristian tu..aku just cakap jgn TERLALU TAKSUB dgn benda tu..kita sambut Mother's Day pun just wish,kasi hadiah then hug and kiss our mom right...aku tak nampak apa2 yg boleh memesongkan akidah sbb sambut benda tu pun...

 HAPPY MOTHER'S DAY ibu!!! ayang sayang ibu sangat2! thanks for everything..ayang hargai setiap pengorbanan ibu... sayang ibu sangat2!! kejayaan ayang adalah untuk ibu!


p/s : this is just my own opinion about Mother's Day...so kalau ada sapa2 yg terasa,i'm so sorry...aku takda niat pun nak bangkang pendapat korang,tapi entry aku ni just about my own opinion...hope korang phm..

have a good day..
bye,Assalamualaikum..

Thursday 9 May 2013

Bila kakak sulung berbahas

Assalamualaikum and hello readers...

kat entry ni aku nak ceqita sikit pasai adik-adik aku yang setahun jagung lagi tapi dah mewah sangat...

aku dulu masa sekolah, uniform dua pasang and kasut sekolah sepasang..aku tengok adik2 aku lani punya lah sakan shopping barang2 sekolah...uniform nak lima pasang..kalau boleh nak pakai sehari sepasang...then kasut 3 pasang... waa sakan ampa nohhh...

then kalau boleh nak beli semua barang yang ada jenama...beg mesti nak yang Body Glove...kalau bukan Body Glove, mogok takmau pi sekolah...haiyaaa penampiorrr mau??? hoho... macam lar aku ni garang sangat...hehehhh... 

pastu dah lar shopping sakan untuk barang sekolah, masuk pertengahan tahun je,mesti kasut dah koyak lar,baju dah hangit lar sebab tersilap iron lar, beg putus lar pa larr...aishhh banyak betuiii alasan ampa kan...tapi belajaq takmau pulak pandai2...orang biaq lar sama...barang mau mewah,pelajaran pun mau mewah...baru padan...

then..kalau boleh every weeks nak hangout dengan kawan2..aku dulu kalau nak hangout kena tunggu kelas buat party dulu baru boleh hangout dengan kawan2...kalau takda party tu,hhmm hangout dengan family je larrr...

so,kalau aku ada anak nanti...kalau depa nak bermewah-mewah camtu,then nak barang2 lain yang mahai2, tunjuk dulu number 1 dalam kelas pada mama mu ni...hoho..  waaa dah gatai nanak anak pulak... dush2!! haha...

p/s : parents kita akan buat apa saja untuk tengok kita gembira and bahagia...depa lebih tau apa yang terbaik untuk kita...so,jangan lah sesekali kecewakan harapan depa...SAYANG IBU AYAH !!

have a good day,
bye,Assalamualaikum..